• BUY NOW, PAY LATER - ATOME, 3 interest-free instalments. Free Shipping for orders above RM80 in West Malaysia.
icon-search
icon-search

Set National Geographic dari Travis Hegel, Teman Kembara Sejati!

Set National Geographic dari Travis Hegel, Teman Kembara Sejati!

Tak kiralah sama ada travel secara solo atau berkumpulan, mana mungkin pergi dengan hanya sehelai sepinggang? Paling tidak mesti akan bawa satu backpack bukan setakat untuk bekalan pakaian, bahkan makanan! Sebab tu, beg bagasi, backpack dan beg pinggang (waist bag) ni sememangnya satu keperluan bagi sesiapun yang nak mengembara.

Sebab tu dalam artikel kali ni, aku nak cadangkan korang untuk dapatkan produk daripada Travis Hegel. Sebelum tu, Travis Hegel ini umpama pusat sehenti untuk korang mendapatkan apa sahaja keperluan mengembara - tak semata bagasi, backpack atau waist bag. Ha, antara lain termasuklah beg khemah, sleeping bag, botol air khas, travel lock, lampu kepala, survival kit dan macam-macam lagilah!

Selain membeli barangan yang aku sebutkan, diorang jugak ada buat servis profesional untuk membaiki alatan mengembara. Sebab tu, Travis Hegel memang pusat sehenti untuk korang yang mendapatkan apa-apa keperluan mengembara!

Pelbagai jenama korang boleh dapatkan kat sini dan antaranya ialah National Geographic. Pergh! Tipulah korang tak pernah dengar sebab National Geographic ni bukan calang-calang jenama kot! Travis Hegel ialah antara pengedar sah yang mana produk berkualiti ni korang boleh dapatkan dengan lebih mudah.

Dan aku sendiri pun yakin dengan Travis Hegel sebab setiap produk didatangkan dengan jaminan waranti. Dalam erti kata lain, Travis Hegel ni cukup menitikberatkan kepuasan pelanggan jadi aku pun tak perlu risau untuk mendapatkan produk daripada diorang.

Sebelum aku ke Okayama, Jepun baru-baru ni, aku dah dapatkan keperluan mengembara daripada diorang. Dan setakat penggunaan aku sepanjang kat sana, serius memang awesome!

Beg Bagasi - National Geographic (Widespread)

hasif-hamsyari-travis-hegel-okayama-4.JPG

Beg bagasi antara benda yang setiap traveller amat perlukan - tak kisah yang memang kaki travel atau sekadar travel sekali dua. Haha. Sebab dalam beg inilah disumbat segala kelengkapan dan ringan je rasa nak bawak.

Aku pilih edisi National Geographic jenis Widespread warna hitam yang harganya RM559. Pada mata aku memang nampak elegan dan profesional gitu. Haha.

Beg bagasi aku ni pun jenis kain jadi dia boleh dilap dengan kain yang lembap kalau ada kekotoran atau seumpamanya. Yang penting, buatan bagasi ni sendiri sememangnya daripada kualiti yang terbaik. Selain tu, ia juga memiliki ciri keselamatan yang cukup efisyen yang mana ada kekunci menggunakan nombor kod. Cara penggunaannya ada disediakan di info rujukan bagasi ini.

Aku bukan jenis yang suka bawa barang melebihi had 20kg dalam satu-satu trip. Paling berat pun dalam 17-18kg je. Haha. Tapi beg ini sendiri didatangkan dengan keberatan yang cukup ringan. Andai kata korang memang jenis selalu bawak barangan melebihi had, maka salah tu mesti pada korang - bukan beg bagasi ni. Haha.

Backpack - National Geographic (Explorer)

hasif-hamsyari-travis-hegel-okayama-6.jpeg

Untuk backpack, aku pilih edisi Explorer National Geographic warna khaki berharga RM459. Aku sukakan beg ni sebab ia memang direka untuk traveller yang sukakan cabaran. Dalam erti kata lain, beg ni memegang prinsip yang sama dengan pemiliknya - adventurous. Gituh! Haha.

Tapi memang betul pun. Tak kisahlah dalam cuaca panas terik, hujan kilat mahupun sejuk sampai menusuk ke tulang sum-sum, backpack yang cukup tahan lasak ni sentiasa menemani aku.

hasif-hamsyari-travis-hegel-okayama.jpeg

Ia didatangkan dengan empat ruangan berzip termasuk satu ruang untuk simpanan gajet elektronik macam laptop atau tablet komputer. Setiap ruang ini juga ada poket-poket yang boleh disesuaikan untuk apa-apa ruangan mengikut citarasa pemilik seperti ruang simpanan telefon bimbit selain ada juga ruangan botol air di kiri dan kanan backpack.

Nah, dari segi rekaannya pada aku memang cukup menepati kehendak aku.  

Waist Bag - National Geographic (Continent)

hasif-hamsyari-travis-hegel-okayama-5-2.JPG

Sejujurnya aku memang tak berapa selesa nak pakai waist bag tapi aku tahu, dalam beberapa keadaan waist bag ni macam beg alternatif yang memang banyak faedahnya. Contohnya, kalau tengah trekking, memang lecehlah nak buka backpack yang digalas kat belakang badan. Jadi lebih mudah nak capai di pinggang kita je.

Jadi aku pun pilihlah waist bag warna hitam National Geographic jenis Continent berharga RM169 ni. Kualiti dia memang terbaik. Ia daripada material leather (kulit) jadi ia tahan lasak.

Ia jugak ada waranti selama dua tahun.

Itulah antara gear atau kelengkapan mengembara aku yang selalu aku sesuaikan ikut bagaimana satu-satu trip tu. Kata orang, tak mengapa kalau berbelanja lebih asalkan produk yang dibeli tu berkualiti dan tahan lama. Iyalah, kalau yang kaki mengembara, memang masaklah duit korang kalau asyik nak bertukar atau beli beg-beg baru kan.

Travis Hegel ada beberapa cawangan di sekitar Malaysia. Tapi kalau korang nak dapatkan secara online pun tak ada masalah. Kadang-kadang ada promosi dengan potongan diskaun! Sebab tu korang kena follow diorang rapat-rapat di media sosial!
hasif-hamsyari-travis-hegel-okayama-7.jpeg

hasif-hamsyari-travis-hegel-okayama-3.JPG

About Author:

MUHAMMAD HASIF BIN MOHD JELANI
22 y/o. Kuala Lumpur, MY.

Travel Writer, Book Author,
Composer

*** Original Post at http://www.hasifhamsyari.com/2018/03/set-national-geographic-dari-travis.html



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping